Ternakan udang di Malaysia telah
bermula di dalam tahun 30-an dengan menggunakan cara tradisional iaitu
dengan memerangkap benih udang di dalam kolam yang dibina di persisiran
pantai yang mempunyai julat pasang surut yang bersesuaian serta bekalan
benih udang semula jadi yang banyak.
Industri ternakan udang laut khasnya udang harimau di negara ini telah
berkembang dalam tahun 1980-an. Udang laut ini, kini telah menjadi hasil
ternakan akuakultur yang penting dalam menyumbang nilai pendaratan
akuakultur. Terdapat lebih daripada 10 spesies udang laut yang diternak
secara komersial di dalam kolam diseluruh dunia tetapi udang harimau
(Panaeus monodon) adalah salah satu dari spesies yang paling popular.
Udang harimau diternak di negara-negara Asia yang beriklim tropika dan
mewakili 60%–70% daripada jumlah pengeluaran udang ternakan diseluruh
dunia, meningkat dari 52% pada tahun 1998. Udang P. Vannamei atau
Pacific White menyumbang 24%. Penaeus monodon atau Black Tiger dan P.
orientalis atau White Faisho merupakan ternakan utama Asia manakala P.
Vannamei atau Pacific White Shrimp di Amerika Latin. Pada
keseluruhannya, udang harimau mewakili hampir 20% dari jumlah
pengeluaran dunia.
Udang harimau
merupakan spesies udang laut utama diternak oleh kebanyakan penternak
udang di Malaysia. Ianya memainkan peranan penting dalam ekonomi
industri akuakultur negara ini. Walaupun begitu Malaysia bukanlah
pengeluar utama, kerana keluasan kolam ternakan udang harimau hanyalah
sekitar 6,000 hektar. Sebagai perbandingan, Thailand mempunyai 80,000
hektar kolam udang, 40,000 hektar di Indonesia dan 80,000 hektar di
India. Walau bagaimanapun, purata pengeluaran (tan metrik per hektar) di
Malaysia adalah tinggi, selepas Taiwan dan Thailand. Ini menunjukkan
bahawa teknologi ternakan udang di Malaysia telah maju dan setanding
dengan negaranegara tersebut.
Di
Malaysia, ternakan udang harimau telah menjadi satu aktiviti ekonomi
yang penting sejak kejayaan mengeluarkan benih secara besar-besaran dan
penggunaan teknologi ternakan yang moden. Majoriti ternakan udang atau
70% udang terhasil di kawasan timur. Dari awal 1980-an dan pertengahan
1990-an, pengeluaran udang ternakan telah meningkat sebanyak tujuh kali
ganda.
Dalam tahun 2000, sebanyak
lebih kurang 12,000 MT udang akuakultur (>95% udang harimau) bernilai
RM400 juta telah dikeluarkan daripada 6,000 ha. Kawasan kolam air payau
yang melibatkan lebih kurang 950 penternak. Pengeluaran daripada
ternakan udang akuakultur mewakili cuma 10% daripada 111,900 MT daripada
udang tangkapan.
Perusahaan udang
bagi pelbagai spesies akan terus digalakkan di mana dianggarkan sebanyak
150,000 tan metrik udang bernilai RM2.7 bilion mampu dihasilkan pada
tahun 2010 (Jabatan Perikanan).Ternakan udang